Monday 22 May 2017

Jawatan kosong

Berita baik untuk mna2 kwn2 yg hnya ad spm atau pmr siht tubuh badan yg perantau yg mna nk kerja operator blh hubungi sy dgn segera..basic permulaan 1000 dn ad ot.
Hostel dn transport disediakan
Ad potongan k
Epf dn socso
Kemasukan segera
Hubungi sy 0173120516

Thursday 11 May 2017

Secuci dan sebersih kain putih

Bila kita rasa kita sesuci dan sebersih kain putih

1.Bila kita rasa diri kita sesuci dan sebersih kain putih , kadangkala kita cenderung pandang dan nilai orang lain sbg kotor , jijik dan perlu dijauhi.

2.Tapi mungkin kita x sedar org yg fizikalnya mungkin dilihat suci dan bersih tapi batinnya  kotor, jijik dan berulat dan org yg dilihat zahirnya kotor tapi batinnya mungkin sesesuci dan sebersih kain putih.

3. Qalbun saleem ( hati yg sejahtera ).. Itulah yg laku akhirnya di hari kemudian!

Abegiegi

Wednesday 26 April 2017

FIDYAH

FIDYAH

Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan.

HUKUM FIDYAH

Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

PROSEDUR MEMBAYAR FIDYAH

Perkiraan dan bayaran fidyah boleh dibuat di Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-negeri.

Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk). Beras fidyah tersebut hendaklah diagihkan kepada fakir atau miskin.

SEBAB-SEBAB DIKENAKAN FIDYAH

1.    Uzur menunaikan puasa wajib

Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.

2.    Perempuan hamil

Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.

3.    Ibu yang menyusukan Anak

Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudharatkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah.

4.    Orang yang telah meninggal dunia

Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.

5.    Melambatkan Ganti Puasa (Qada’)

Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.

TAKSIRAN FIDYAH

(Hari yang ditinggalkan) X (Tahun gandaan) X (1 Cupak) = FIDYAH

KADAR BAYARAN FIDYAH

Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (1/4 gantang Baghdad).

Dalam bentuk nilaian, berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sehingga tahun 1435H, secupak beras bersamaan dengan 567.5 gram dinilai dengan kadar RM1.80.

Contoh:

Jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadhan, maka kadar fidyahnya ialah:

RM1.80 (1 cupak) X 3 hari X 3 tahun =RM16.20

* Jumlah hari puasa yang wajib di qadha tetap 3 hari sahaja. Hanya bayaran fidyah sahaja digandakan.

Friday 21 April 2017

Tafsirah pagi

بسم اللّه الرّحمن الرّحيم.                                       السّلام عليكم ورحمة اللّه وبركاته...

TAZKIRAH PAGI​ :

  Semakin ​berusia​ semakin ​lemah​ tangan ​menggenggam​...kerana Allah sedang ​mendidik​ kita agar ​melepaskan​ cinta dunia.

  Begitu juga ​hati​...semakin berusia semakin ​sepi​ dan ingin ​bersendirian​...kerana Allah sedang ​mendidik​ kita untuk melepaskan ​cinta manusia​. 

  Akhirnya ...hanya ​cinta Allah​ yang ​kekal​ sebagai ​bekalan​ menuju akhirat.

والسّلام..

Didoakan semoga:-

● Dipanjangkan umur
● Dimurahkan rezeki
● Ditetapkan keimanan
● Dikurniakan pemikiran dan pertimbangan yang terbaik
● Kesihatan yang baik
● Berjaya di dunia & akhirat
● Sentiasa mendapat rahmat dariNya

Semoga semangat silaturrahim akan berkekalan selamanya. ​Aamiin Aamiin Ya Rabb Al Aamiin

Thursday 20 April 2017

Kisah tauladan

Suatu hari, Saidina Umar melalui sebuah kebun. Tiba-tiba, beliau terlihat seorang lelaki berkulit hitam sedang makan.

Ada seekor anjing duduk dihadapan lelaki itu. Setiap kali dia menyuap sepotong makanan ke mulutnya, dia melemparkan sepotong makanan kepada anjing tersebut.

Umar berasa sangat takjub. Beliau bertanya kepadanya,

"Adakah anjing ini kepunyaan kamu?"

Jawab lelaki itu,

"Bukan."

Ditanya kembali oleh Umar,

"Jadi, mengapa engkau memberinya makanan?"

Dia menjawab,

"Aku malu jika seekor makhluk Allah memandangku apabila aku sedang makan, namun aku tidak memberinya makanan."

Umar bertanya lagi,

"Kamu hamba atau merdeka?"

Lelaki itu menjawab,

"Hamba milik seorang Bani Asim."

Umar pergi menemui pemilik hamba tersebut. Beliau membeli hamba itu beserta kebun tempatnya bekerja. Beliau kembali menemui lelaki tersebut dan berkata,

"Allah telah memerdekakan dirimu. Dan memberikan kebun ini untukmu."

Lelaki itu berkata,

"Segala puji bagi Allah. Saya bersaksi bahawa kebun ini saya wakafkan kepada orang fakir yang ada di negeri ini."

Umar sangat terkejut. Beliau tidak menyangka tindakan lelaki itu menyedekahkan kebun tersebut.

Beliau bertanya,

"Mengapa engkau mewakafkan kebun ini? Bukankah engkau juga miskin dan memerlukan harta?"

Dia berkata,

"Aku malu kepada Allah yang telah bermurah hati kepadaku, kemudian aku kedekut pula kepada NYA "

"Selama hidup di dunia ini, yang terbaik itu adalah menyelamatkan hati dari berburuk sangka terhadap makhluk yang lain."

Al-Imam Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

9 Jenis Anak Syaitan

9 Jenis Anak Syaitan.
Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja
lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya
bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan
hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka
menghampiri orang
yang berada di tempat-tempat
maksiat (contoh: disko,
kelab malam & tempat yang ada
minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan
orang yang sukakan
muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya
melahirkan fitnah,
gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari
kata-kata mulut.

7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak
memberi salam
ketika masuk ke rumah, Daasim akan
bertindak agar
berlaku keruntuhan rumah tangga
(suami isteri
bercerai-berai, suami bertindak ganas,
memukul isteri,
isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-
anak didera
dan pelbagai bentuk kemusnahan
rumahtangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri
manusia khususnya
ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan
ibadat-ibadat
kita yang lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang
menyembah api/
matahari. Mana satu jenis anak syaitan yang sering
mengganggu
anda ? Adakah jenis Walahaan iaitu
was-was untuk
menyebarkan maklumat ini ?
KITA UMAT ISLAM AMBIL PEDULI !!!
*Tak susah pon nk post !
pahala pun dapattt right ? 

Kata orang-orang bijak pandai, jika :

1. Ingin bahagia. - Sembahyang awal waktu
2. Ingin sihat - Berpuasa
3. Ingin dipermudahkan urusan - Bacalah Al-Quran
4. Ingin wajah berseri - Jaga sembahyang Tahjud
5. Ingin kaya - Sembahyang Dhuha
6. Dihimpit masalah - Beristighfarlah
7. Berdukacita. - Berdoalah
8. Mahukan keberkatan - Berselawatlah

Amalkan dan sebarkan....

Yang membaca, untung. Yang bercakap, pun  untung. Yang mendengar, pun  untung. dan Yang paling beruntung, orang yang mengamalkanya