Thursday, 24 November 2016

berlapang dada

INDAHNYA SIFAT BERLAPANG DADA

Talhah bin Abdul Rahman bin 'Auf merupakan seorang berbangsa Quraisy yang paling pemurah, paling baik hati pada zamannya.

Pada suatu hari isterinya berkata kepadanya, "Aku tidak pernah melihat satu kaum yang lebih teruk dan lebih tercela akhlaknya selain daripada saudara-saudaramu!"

"Kenapa engkau berkata begitu?", soal Talhah. Isterinya menjelaskan, "Betapa tidak? Aku mendapati mereka itu apabila engkau berada dalam keadaan kaya dan senang, mereka tidak lekang dari mengunjungimu. Apabila engkau berada dalam keadaan miskin dan susah, mereka tinggalkan dan menjauhkan diri darimu!"

Talhah berkata, "Demi Allah, sesungguhnya itulah kemuliaan akhlak mereka. Mereka datang ketika kita mampu untuk memuliakan mereka. Dan mereka tidak datang ketika kita tidak mampu untuk menunaikan hak mereka (kerana mereka tidak mahu menyusahkan kita)!"

Imam al-Mawardi mengulas kisah di atas dengan berkata, "Lihatlah bagaimana mulianya hati Talhah. Dia mentakwilkan perbuatan saudara-suadaranya sehingga akhlak yang buruk bertukar menjadi mulia, kecurangan yang nyata bertukar menjadi setia. Demi Allah! Ini adalah bukti yang menunjukkan bahawa salamatus-sadr (berlapang dada) itu mendatangkan kerehatan di dunia dan keberuntungan di akhirat. Dan ia merupakan satu daripada sebab masuk syurga. Firman Allah Ta'ala bermaksud: "Dan Kami cabut akan apa yang ada dihati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing.” (Al-Hijr 15:47)

Monday, 14 November 2016

tanda- seorang itu sombong

25 TANDA2 SIFAT SOMBONG...

1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang lain itu lebih baik daripadanya.

2. Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat naik darah kalau ada tersilap.

3. Suka berkawan dengan sama taraf sahaja.

4. Bahkan dengan orang sama taraf dengannya masih di pilih-pilih lagi, yakni dia suka orang yang mahu dengar katanya.

5. Memandang hina kepada golongan bawahan.

6. Dalam perbincangan, dia suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.

7. Dalam pergaulan, dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan diikuti. Sebaliknya dia sendiri susah hendak dengar cakap orang lain.

8. Dalam pergaulan dia sahaja yang bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang lain.

9. Kalau dia jadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikutnya & orang bawahannya.

10. Susah memberikan kemaafan kepada orang lain yang tersilap dengannya.

11. Kalau dia yang bersalah, susah hendak minta maaf.

12. Dia suka dihormati.

13. Suka menzalimi orang samada secara halus atau kasar.

14. Kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa kerana perlukan orang itu.

15. Suka memperkatakan keburukan orang seperti mengumpat, memfitnah, serta membenci orang.

16. Kurang menghormati pemberian orang.

17. Suka mencerita kelebihan diri.

18. Suka menghina dan menjatuhkan air muka orang di hadapan orang lain.

19. Kurang menikmati nikmat ALLAH SWT Kalau ada, dibazirkan.

20. Kalau berdiri lebih suka bercekak pinggang. Kalau bercakap menepuk-nepuk meja.

21. Kurang memberi simpati kepada orang lain kecuali dengan tujuan sebaliknya.

22. Kurang minat menerima tetamu atau tidak suka menjadi tetamu orang.

23. Tidak suka menyebut kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.

24. Kesalahan-kesalahan orang lain dibesar-besarkan sedangkan kesalahan diri sendiri didiamkan.

25. Sangat tidak senang dengan kejayaan orang lain.

3 JENIS SOMBONG

1. Sombong terhadap ALLAH SWT; iaitu enggan mematuhi semua yang diperintah oleh ALLAH seperti Firaun, Namrud & semua manusia yang mendakwa diri mereka bersifat Uluhiyyah.

2. Sombong terhadap Rasul; tidak mengikut ajaran yang dibawa mereka dan tidak beriman kepada mereka.

3. Sombong terhadap makhluk; iaitu seperti membangga diri adalah terbaik, menghina makhluk lain merasa diri adalah lebih bagus dari yang lain atau sifat yang sama sepertinya.

Sifat sombong sangat bahaya kerana bilamana sifat ini wujud di dalam jiwa,ia boleh menghalanginya dari Syurga, sebagaimana dalam sebuah hadis Rasulullah ﷺ bersabda: ”Tak akan masuk Syurga sesiapa sahaja didalam hatinya mempunyai sifat kesombongan, walaupun sebesar biji sawi.”
(HR Muslim- Hadis daripada Abdullah Bin Mas’ud)

Semoga kita tidak tergolong dalam golongan orang2 yang sombong.

Tuesday, 8 November 2016

tip keselamatan

Adakah anda kerap membuat panggilan atau menerima panggilan di ruang dapur anda?

Nama saya Dr. Ademola. Pada 3 hari yang lepas suami saya juga seorang doktor berkongsi kejadian sedih, 6 individu telah dimasukkan ke bahagian kecemasan bagi kecederaan terbakar yang mereka alami semasa membuat atau menerima panggilan telefon di dapur dengan dapur gas MENYALA. Ketuhar gelombang mikro juga berbahaya. Sesetengah daripada mereka memasak dengan telefon diletakkan di telinga dan dikepit dengan bahu.

Hentikan tabiat membuat atau menerima panggilan telefon di dapur. Ianya sama seperti membuat atau menerima panggilan telefon di kawasan stesen minyak. "Tolong jangan lupa kongsikan info ini dengan orang yang tersayang". Jika panggilan tersebut adalah sangat penting, jauhkan diri daripada dapur gas dalam jarak 10-12 kaki. Ingatlah bahawa keselamatan anda adalah keselamatan buat keluarga anda juga.

Saturday, 5 November 2016

BR1M

Perbualan di sebuah warung kopi di sebuah Felda. Seorang pak cik leka membelek akhbar Utusan Meloya sambil hisap rokok daun di sebuah meja. Datang seorang anak muda duduk di hadapannya sambil memesan segelas air dari tokeh warung. Dialog seterusnya...

Anak Muda: Assalamualaikum, Pak cik

Orang Tua: Waalaikum Salam...(sambil terus belek akhbar utusan dan geleng2 kepala)

Anak Muda: Nape pak cik geleng2 kepala tu? Ada berita buruk ke pak cik akhbar hari ni?

Orang Tua: (letak akhbar, hirup kopi dan memasang rokok daunnya) Ermm..aku pelik dengan Pembangkang ni...Semua yg Najib buat semua salah...Naik harga gula utk kebaikan rakyat pun mereka bantah...pelik betul!! Gula tu memang penyebab kencing manis...memang patut dinaikkan pun..

Anak Muda: Ohh...pasal tu. Abis tu, pak cik setuju ke gula dinaikkan 35 sen?

Orang Tua: Memang setuju asalkan rakyat kita terjaga kesihatannya. Najib bagus..ambik berat hal rakyat.

Anak Muda: Pak cik sekarang ni ada alami sebarang penyakit tak? (Sambil hirup teh yang baru sampai)

Orang Tua: Pak cik sejak dulu memang kurang minum manis2 ni. Sbb tu pak cik takde kencing manis. Jadi langkah najib tu tepat lah..

Anak Muda: Penyakit apa yang Pak Cik ada sekarang ni?

Orang Tua: Cuma darah tinggi je lah...kencing manis memang takde...

Anak Muda: Cehh..tak adil Najib ni. Sian orang macam Pak cik ni...

Orang Tua: ehhh...nape pulak?

Anak Muda: Kenapa dia hanya jaga orang kencing manis je...abis tu darah tinggi macam mana pulak? Patutnya Najib naikkan harga garam juga....baru adil..Dalam masakan yg paling banyak orang guna adalah garam bukan gula...

Orang Tua: Aaahhh...ko memang sengaja nak cari salah Najib...Aku dah kata pembangkang macam tu...cari salah je pandai...semua nak komplen...kasi BR1M sapu gak!! (sambil jeling tajam kat Anak Muda)

Anak Muda: Ehhh...BR1M? Saya boleh kasi Pak Cik BR1M bukan setahun sekali...setiap bulan saya boleh kasi pak cik? Sebut saja pakcik nak berapa? Setiap bulan saya boleh kasi pakcik...betul ni, bukan main2..

Orang Tua: Eleehhh...ko nak kasi aku BR1M? hahaha...rokok pun beli batang...hahaha (sambil ketuk2 meja..)

Anak Muda: Serius ni pakcik...Pakcik sebut je berapa BR1M pakcik nak...saya boleh kasi tiap2 bulan!! Bukan setahun sekali macam Najib tu. Ni hah...(sambil tunjuk pada tokeh kedai yang mendengar perbualan) Pak Ali tokeh kedai ni boleh jadi saksi...cakap lah, berapa BR1M pak cik nak dari saya tiap2 bulan?

Orang Tua: Ok..ok..(sambil berdiri nak marah). Aku tak mahu banyak dari kau. Kau kasi aku tiap2 bulan hanya RM 100 je. Boleh? Hahahaha...baru nak hidup dah nak tunjuk pandai ngan aku...

Anak Muda: Alaaa...nape sikit sangat Pak Cik mintak? Up la sikit....

Orang Tua: Tak payahhhhh....ko kasi aku seratus ringgit je sebulan cukup lahh...jangan berlagakkk!!

Anak Muda: Ok, baiklah. Saya akan kasi pakcik tiap2 bulan seratus ringgit....tapi dengan satu syarat...

Orang Tua: Laaa...syarat apa pulak? Mana boleh syarat2 plak...nak kasi..kasi je lahhh...Jangan nak belit2...

Anak Muda: Memang la ada syarat. Najib pun camtu...sebelum dia umum nak kasi BR1M, sebelum pilihanraya dia kata...undi BN..kita kasi BR1M...kita naikkan jumlah BR1M...itu kira macam syarat la tu...

Orang Tua: Ok lahhh...apa syaratnya?

Anak Muda: Syaratnya, setiap hari pakcik kasi saya lima puluh ringgit...cukup sebulan saya kasi pakcik BR1M seratus ringgit, amacam? Setuju?

Orang Tua: Woiii...ko ingat aku bodoh ke? Ko ambik duit dari aku tiap2 hari lima puluh rtinggit, sebulan ko kasi aku seratus? Ko ingat aku ni bodoh sangat? Ko guna duit aku, bayar pulak kat aku hanya seratus? Ko untung pulak lagi....jangan nak bodohkan aku...aku tak la bodoh sangat ok..

Anak Muda: Haaaa...kalau tak bodoh baguslah!! Macam tu lah Najib punya cara kasi BR1M, tau tak? Hahahaha... (sambil bangun dari kerusi menuju ke tokeh kedai untuk bayar minuman)

Orang Tua: (terkebil2 sambil pandang Tokeh Kedai yang ketawa besar) Kurang ajar budak nihhhh....!!!

abegiegi

antara produk2 melayu

```TAHNIAH BUAT RAKYAT MALAYSIA```

BANYAKNYA BARANG-BARANG PRODUCT ORANG ISLAM;

*_SOKONG BARANG MELAYU (ISLAM)_*

1. Roti Gardenia (Syed Mokhtar)
2. Beras Jasmine (Syed Mokhtar)
3. Minyak Masak Tiara (FELDA)
4. Minyak Masak Saji (FELDA)
5. Susu Pekat Manis Saji (FELDA)
6. Susu Cair Saji (FELDA)
7. Magge Sajimee Saji (FELDA)
8. Mayonis Saji Mayo Saji (FELDA)
9. Marjerin Pelangi (FELDA)
10. Sos Cili Pelangi (FELDA)
11. Sos Tomato Pelangi (FELDA)
12. Jem Peanut SunBear (FELDA)
13. Sardin Agromas
14. Sardin Pertima
15. Kopi Hang Tuah
16. Bihun Sufi
17. Mi Kuning Sufi
18. Kuey Teow Sufi
19. Garam Sufi
20. Sos Lada Hitam Sufi
21. Sos Cili/Tomato Sufi
22. Kicap Masin/Manis Sufi
23. Tepung Goreng Sufi
24. Minyak Masak Sufi
25. Telur Cap Sufi
26. Ubat gigi Najwa
27. Ubat gigi Halagel
28. Garam Halagel
29. Tepung gandum Cap Bidara
30. Tepung gandum Faiza
31. Jus minuman Safina
32. Syampoo D’herbs
33. Pasaraya Mydin
34. Pasaraya MyMart
      (kedai keluaran Mydin)
35. Bihun Kampung
36. Burger Ramly
37. Air Mineral Eden
38. Air Mineral Ala Fonte (Mofaz)
39. Beras Faiza
40. Beras Langsat
41. Kicap Adabi
42. Kicap Cap Kipas Udang
43. Minyak Masak Alif
44. Nugget Ayamas
45. Sos Rohaya
46. Sos Adabi
47. White Coffee 9 in1 (Razbiana Industries)
48. Zby Galeri Dinamik
49. Produk ZUZA
50. Bihun ikhwan
51. Mee kuning Ikhwan
52. Kuetiau Ikhwan
52. Agar-agar Ikhwan
53. Sos Cili ikhwan
54. Sos Tomato ikhwan
55. Sos Tiram ikhwan
56. Air Mineral Ikhwan
57.Ubat Gigi Ikhwan
58. Fishball ikhwan
59. Fishcake Ikhwan
60. Roti Ikhwan (aneka roti)
61. Donat Ikhwan
62. Soya Ikhwan
63. Minuman berkabonat Ikhwan
64. Air mineral Ikhwan
65. Sabun Ikhwan
66. Coklat Ikhwan
67. Biskut Jari Ikhwan
68. Taugeh Ikhwan
69. Keropok lekor
70. Tauhu Ikhwan
71. Roti canai segera ikhwan
72. Ayam masyriq/AGI
73. Thaqifah bakery

Kalau pembekal x mau turun harga. Kita beli saja brgan Melayu. Kita buat mcm selepas 13 Mei 1969...keluh kesah taukeh2 Cina bila brgan depa di pulaukan..

KEMPEN TURUN HARGA...
Melayu ada minyak masak sendiri, kenapa beli minyak masak cina? - LIKE

Ayam halalan toyyibaa...
1. Ayam Hijrah
2. Ayam Az- zain
3. Ayam-Qu sejuk beku
4. Ayam Ikhwan
5.Ayam pokman chetok p.mas
Sokong minyak masak Melayu
1. Saji -Felda
2. Tiara -Felda
3. Alif -SimeDarby
4. Olife -SimeDarby
5. Adela Sunflower/Canola - Felda
6. Cap Tiga Udang (Jenis Paket – Felda)

Tak payah beli minyak masak Cina :
1. Seri Murni Cina
2. Buruh Cina
3. VeSawit Cina
4. VeSoya Cina
5. VeCorn Cina
6. Knife Cina
7. Naturel Cina
8. Daisy Cina
9. Fan Cina
10. Red Eagle Cina
11. Neptune Cina
12. Krystal Cina
      
*```Jom kita sama2 bantu SHARE sebab ramai orang Melayu yang masih tak tau produk mereka sendiri dan masih membeli minyak buatan cina.```*

Walaupun dah banyak kali terima, tapi rasanya perlu FWD lagi.. *_Sebab Melayu mudah LUPA..._*
JIHAD EKONOMI..  الله أكبر ولله الحمد

koleksi kata-kata menteri malaysia

agama

TSUNAMI
( ya allah lindungi semua)

RIBUT di sana sini. anjing menyalak. Kucing sembunyi. Wajahnya sayu khuatir dan olahnya sama sekali beda.

Begitulah yang selalu dikatakan orang kerana haiwan lebih awal tahu kesan deria yang kuat menghidu apa yang bakal datang.

Di Kudat ada yang meninggalkan rumah mencari lokasi lagi tinggi dan di Lahad Datu konon ada gegaran dan ada kata gegaran itu kali ketiga sejak lama. Semua saya baca dan tahu gundah resah itu.

Di Sandakan konon ada sudah meninggalkan rumah berpergian ke  bukit lagi tinggi untuk selamatkan diri konon tinggi tsunami sekitar 50 meter airnya.

memang berita semacam ini menakutkan orang kesan yang pernah terjadi dulu di beberapa lokasi di asia yang meranapkan ratusan ribu nyawa melayang.

ke mana saja kita mahu pergi jika ramalan menjadi? Memang orang jadi bingung dan tambah gusar sedang siang tadi ada kebakaran ada tanpa rumah. Kesian orang kita tang miskin tua tak terdaya.

Dunia ini sudah tua benar dan tak lama bakal ranap seperti yang pernah disabdakan oleh nabi dalam waktu terdekat dunia akan bergoncang dan bukit gunung bakal berterbangan air laut naik ke daratan.

Inilah janji Allah dan dalam keadaan begini masih ramai berbuat kejahatan.

Anak melawan hina herdik orang tua, isteri2 tak patuh suami dan suami diherdik begitu kasar jahat dan suami dua kali lima sikapnya tak peduli isteri dan suami dibiar sama lara sakit hatinya itu juga dosa.

Ulama sebenar dihina2, yang jujur dikutuk2 dan yang jahil mungkar disanjung mulia dicium peluk dipuji setengah mati.

Ulama sertai pemerintah terus hilang suara dan agama tidak lagi mereka peduli hanya harta mereka impikan untuk bena istana dan mobel disusun indah di halaman rumah.

apa sudah jadi orang kita ini?

Yang melarat miskin ada tak dipeduli dan yang kaya terus menghimpun harta tak kesah hak siapa dan dihari kiamat harta itulah berterbangan bak gunung jatuh di pundaknya nanti.

Tak dapat kubayangkan bagai mana kiamat itu dan siap sedialah dihadapi dan apakah amal kita sudah cukup.

Solat sedekah amal dan segala macam apakah itu bisa bantu bila nanti berhadapan dengan Allah dan siaplah kita.

Solat
Solat
Solat
Allah
Allah
Allah

abegiegi

coretan

POLITIK=SIASAH

SEJAK dulu saya ini tidak berapa suka bicara soal agama sebab bukan kepakaran saya dan lagi saya tak berani mengatakan yang haram jadi halal dan yang halal jadi haram sebab dalam agama hanya fakta dan tidak main putar alam macam sastera, politik dan sebagainya.

Kalau saya katakan yang haram itu halal dan kemudian yang mendengar mengamalkannya maka sayalah yang tanggung dosa dan itu sebab saya lebih banyak diam banding bicara tetapi saya akan terus membaca ribuan buku mengenai agama yang terletak di perpustakaan saya sendiri di sebuah rumah khas untuk librari sahaja.

Saya selalu menyatakan bahawa " kamu dengan agama kamu dan kami dengan agama kami" jika ada yang tidak ngam atau beda antara dua agama maka kita kembali kepada ayat tadi dan itu saja penyelesainya kesan agama tidak boleh dibahas bincang jika ikut emosi sebab itu pandangan dan kepercayaan masing2 dan sukar dirubah kecuali mendapat hidayah dari Allah.

Saya selalu saja ke add kepada grup agama dan saya selalu menolak sebab khuatir pandangan saya nantinya bertentangan dan tidak ingin mencari sengketa dan lagi pula saya banyak sangat yang harus saya tulis banding berhujah dengan hal-hal yang sukar diselesaikan alias remeh temeh.

Selalu saya katakan jangan add saya ke grup agama dan ada pula yang kata "biarkan saja"/kata admin tetapi bila saya bicara tentang siasah atau politik cara nabi seperti saranan jangan bohong, menipu atau fitnah maka saya dikatakan berpolitik sedang itulah ajaran agama dan ini kena faham bagai mana perjuangan yang dilakukan oleh ahli2 sunah terdiri dari sobat2 nabi dan orang2 yang mengikut mereka hingga ke hari kiamat.

Barangkali kita harus juga meneliti bila saja Nabi wafat berlaku salah faham antara golongan Muhajirin dan Ansar mahu melantik siapa yang layak jadi pemimpin. Barangkali sejarah itu baik dikaji dan dibicarakan dan di sini bukan tempatnya untuk saya memperkatakan hal itu secara terperinci.

Nah, kala itulah fitnah menjadi-jadi terutama kepada khalifah ke-3 namanya Sayyidina Ithman bin Affan sama sepertinya Khalifah Ali r.a kesan Abdullah bin Saba dan isu fitnah itu berlanjutan.

Nah, bila saya membicarakan sejarah ini, lalu saya pula dinasihati jangan berpolitik sedang politik itu saya bertanggungjawab menjelaskan soal SIASAH yang sama maksudnya dengan bahasa politik itu, cuma politik masa kini banyak sangat bobrok kesan sikap manusia akhir zaman yang membawanya ke dunia penuh muslihat dinamakan strategi untuk menang pilihanraya.

Saya usaha membuka minda dan mahu yang membaca melihat lebih jauh dan jangan menyempitkan definasi politik itu hanyalah soal election, pemilihan calon, mengundi dan menentukan siapa bakal duduki kerusi ketua menteri dan kerana itu yang lebih penting bagi saya ialah pengisian dunia politik itu secara melebar dan itu mesti difahami oleh semua orang agar tidak tersalah tafsir.

Kesan pemikiran kita dihantui oleh perkataan POLITIK yang di dalamnya ada setan, maka binasalah semua orang yang usaha mentafsir maknanya dan ini tidak boleh dibiar.

Rasanya Nabi juga pernah meninggalkan Mekah kesan yang di sana ia rasa sukar dididik dan ia hijrah ke Medinah dan di Medinah ia disambut dan diangkat jadi pemimpin di sana.

Sesudah itu keadaan di Mekah reda sedikit, maka barulah Nabi kembali ke Mekah untuk memimpin mereka yang di sana hingga cahaya Islam itu menyebar lebar ke seluruh dunia dengan sikap2 dan yang menjadi contoh kepadanya setelah Nabi tunjukkan dunia siasah itu dengan baik kepada semua hamba Allah tanpa mengira apa agama, warna kulit dan bangsanya.

Saya mohon maaf kala minggu lalu saya katakan ingin keluar dari grup berkenaan tetapi admin kata jangan dan saya rasa berulang2 saya katakan dan hari ini saya terpaksa meninggalkan dan teman-teman yang saya bawa bersama ada yang tidak senang terpaksa saya keluarkan dan tinggalkan yang lain di sana dan diucap selamat maju jaya.

Tetapi admin asal mahukan saya kembali ke sana kesan ia sendiri juga tidak tahu yang saya kena remove dan saya pesan "janganlah" biarkan mereka saja di sana berbicara apa mahunya mereka dan biarkan di bawah tempurung yang asyik dengan dunia tempurungnya dan suatu waktu akan keluar juga sambil menyatakan di luar tempurung ada dunia yang lagi besar banding bawah tempurung itu sendiri.

Selamat maju jaya saudaraku!

abegiegi
5 Nov, 2016

rumah kecil

RUMAH KECIL

Dari hati ke hati, sekadar ingatan & pedoman.
Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima Kali;

1. Aku rumah yang terpencil,
maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap
maka teranglah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah
amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa,
maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,
maka banyaklah bacaan "Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah",
supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

coretan

Usah Runtuh Asas Pentadbiran  Islam D Bina  Tok Guru

Rakyat Kelantan d minta mempertahankan Kerajaan yang d bina atas landasan agama oleh  Almarhum TGNA

Usaha berkenaan kini d teruskan dan d kekalkan penggantinya Dato Ahmad Yakob  bahkan  beliau menambah baik apa yang d rancang sebelum ini

Timbalan Presiden Pas Dato TITM ketika menyampaikan ceramah d Medan Ilmu d Kota Bharu semalam mengakui setiap perancangan manusia ada kelemahan

Kalau ada kelemahan kita kena tolong  dan pakat2 baiki kelemahan ini memang ada sebab kita manusia...bukan pakat2 tolong meruntuhkan

Kita bukan hendak buka kemungkaran tetapi tolong  baiki biar kemungkaran bertukar kepada kebaikan dan tidaklah sampai runtuh kata beliau

Beliau turut menasihati rakyat Kelantan agar jangan terpengaruh dengan maklumat yang d sebarkan menerusi Media  Sosial kerana tidak mengetahui status kebenaran

Menurutnya zaman ledakan teknologi maklumat ahli Pas khasnya perlu meneliti lebih mendalam sebelum menyebarkan kepada  pihak lain kerana d bimbangi fitnah

Tambahnya lagi orang islam mempunyai kepercayaannya sendiri iaitu kehidupan bukan hanya d dunia sahaja bahkan segala perbuatan d balas d akhirat

Buatlah apa sahaja tetapi  ingat biarlah ia boleh menolong kita sampai d akhirat kita berniaga ke kita mengundi ke apa sahaja tetapi  ingat...inilah yang  hendak kita " Pas " bawa tidak lain dan tidak bukan hendak  tengok islam d daulatkan bukan sahaja d Kelantan...d Malaysia juga katanya

TITM berkata sejak kebelakangan ini perjuangan islam d bawa Pas sering d tentang dan d tohmah   dengan pelbagai tuduhan buruk

Jelas beliau ia merupakan petanda bahawa sokongan terhadap perjuangan islam khususnya d Malaysia semakin kuat ketika ia d tentang d pelbagai sudut

Hari ini kita berada d waktu islam mula naik contohnya apabila kita bawa perjuangan islam...orang  lawan itu tandanya islam tengah naik untuk berjaya

Pergaduhan yang berlaku dalam Sidang DUN baru2 ini pun merupakan satu tanda...hak bengkok ni kita bimbang jelasnya

Assalamualaikum 😊🌹

Usah Runtuh Asas Pentadbiran Islam D Bina Tok Guru

●  Dato Tuan Ibrahim Tuan Man
☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀

Komen saya

Saya ibaratkan kata-kata  TITM ni hanya akan membuka pekung di dada.

Jelas  TITM mengaku Pas lemah terutama di Kelantan....di mana ledakkan de facto Datuk Husam  Musa sememangnya meneruskan legasi  TGNA

Arwah Tuan Guru pernah berkata bahawa Pas tidak melawan Umno jika Umno itu betul dan beliau akan keluar  Pas jika Pas sudah tidak betul.

So....kata-kata beliau kita ambil sebagai panduan politik.

TITM  merayu kepada rakyat Kelantan dengan tawaran dunia akhirat dan menyalahkan fitnah Media Sosial sebagai faktor Pas menjadi lemah.

Tiada kenyataan tuntas dari  TITM  bahawa  Pas akan melawan kezaliman Umno malah mengaku Pas tewas di Media Sosial.

Jika mahukan dunia akhirat...lawan la Umno dengan jelas....keluarkan kenyataan  Media sebagai Timbalan Presiden.

Melawan Umno adalah   dari gerak kerja Arwah  TGNA,

Bagaimana  TITM  pula boleh mengakui Pas meneruskan legasi  TGNA sedangkan Pas tidak mahu kuasa hanya mahu menjadi Penasihat.

Cukup lah dengan menjual nama  Arwah sedangkan apa yang di lakukan bukan meneruskan jambatan dan jalan yang Arwah bina.

Cukuplah di Sidang  DUN  Kelantan yang menunjukkan Kelantan penuh dengan masalah integreti kepimpinan.

Nyawa Pas di Kelantan ibarat bergantung dengan Datuk Husam Musa  dan bergantung juga dengan Umno.

Dan seperti biasa  TITM  hanya menyokong Presidennya tanpa menyedari setiap patah kata yang keluar dari mulutnya sendiri adalah tanda kelemahan beliau dan Pas.

TAKBIR....

abegiegi

cerita sedih

CERITA SEDIH DAN MEMANG BERLAKU

Seorang guru selepas selesai makan malam telah memeriksa homework yang dibuat oleh anak muridnya. Suami cikgu asyik dengan smart phone main game ‘Candy Crush Saga’.

Semasa membaca nota terakhir si isteri mula menangis tersedu sedu.

Si suami bertanya, ‘kenapa awak menangis sayang?

Apa yang terjadi?’

Isteri: ‘Semalam saya bagi tugasan utk anak murid saya untuk menulis karangan pendek atas tajuk -Apa cita - cita saya-.

’Suami: ‘OK, tapi kenapa sayang menangis ?

’Isteri : ‘Tadi semasa saya semak karangan terakhir, saya sangat sedih dan terus menangis .

’Suami dengan rasa hairan: ‘Apa yang di tulis sehingga  membuat awak menangis?

’Isteri: ‘Abang dengar’

Cita cita saya ingin menjadi talipon pintar.

Ibubapa saya sangat sayangkan talipon pintar mereka .

Mereka mengambil berat dan amat sayang sangat pada talipon pintar mereka sehingga kan mereka lupa pada saya. Bila ayah pulang dari kerja walaupun dalam keletihan, ayah masih ada masa untuk talipon pintarnya bukan untuk saya.

Walaupun ibubapa saya sibuk dengan kerja lain semasa di rumah dan bila talipon pintar mereka berdering, dengan hanya sekali deringan sahaja mereka akan cepat mencapai talipon, tapi tidak untuk saya...walaupun saya sedang menangis .

Ibubapa saya main games bersama talipon mereka tidak dengan saya. Waktu mereka sedang bercakap dengan seseorang melalui talipon pintar mereka, mereka tidak pernah dengar pada apa yang saya katakan walaupun perkara yang amat penting.

Jadi, Cita-cita saya ingin menjadi talipon pintar.

Selepas mendengar karangan tersebut Si suami pun turut bersedih dan bertanya  isterinya, ‘siapa yang menulis?’

Isteri: ‘ANAK KITA’.

Tergamam si Suami.

Marilah kita letakkan ketepi  smartphone kita apabila kita bersama dengan anak-anak dan mereka yang kita sayangi !  Ajarkan juga hemah ini kepada anak -anak dan pasangan kita.

PERINGATAN BUAT DIRIKU, KAUM KERABATKU DAN MEREKA YANG AKU SAYANG. ........

‼‼‼‼‼‼‼‼‼‼
MOHON TERASA PADA SEMUA

Hu3...😔😔😔😔😔
#PERINGATAN UTK DIRI SENDIRI JUGA

ibu bapa

RUMAH ibu bapa adalah rumah bagi anak-anak tapi tak semua rumah anak-anak adalah rumah ibu bapa..
Anak- anak boleh bebas dlm rumah ibubapa
Makan apa sahaja...
Tengok siaran tv ikut suka...
Guna apa saja kepunyaan ibubapa ikut suka...

Tapi...
Ibubapa tak boleh buat sesuka hati kat rumah anak- anak....
Tak boleh masak sesuka hati...
Makan apa yg ada dlm peti ais ikut suka.....
Buat apa sahaja ikut suka....
Anak tetap akan berkecil hati dgn ibu bapa..

Begitu juga...
Kenderaan ibu bapa adalah kenderaan anak-anak.....
Anak-anak boleh guna kenderaan ibu bapa ikut suka hati.....
Minyak penuh balik kosong pun ibubapa tak kisah.
Kalau rosak semua ibubapa tanggung..

Tapi...
Tak semua kenderaan anak-anak ibubapa boleh guna.....
Apatah lg dgn sesuka hati.
Takut rosak lah...
Takut langgar lah...
Takut calar lah.....
Kalau guna pun...
Pastikan minyak penuh semula.....
Kalau rosak pun ibubapa kena hantar pomen baiki sebelum bagi kpd anak- anak....

Itulah bezanya ibu bapa dgn anak- anak....
Ibubapa sentiasa mengasihi anak-anak....

Tetapi anak-anak...
Belum tentu mengasihi ibubapa....
Mereka kasih kepada harta mereka melebihi ibubapa....
Mereka ada masa utk membetulkan moto kesayangan mereka bila rosak tetapi mereka tiada masa hantar ibubapa ke klinik bila emak memerlukan...

Mereka ada masa untuk membawa anak isteri bercuti...
Tetapi mereka tiada masa utk cuti menziarahi ibubapa yg rindukan mereka...
Mereka sayang ambil cuti utk melawat emak...
Sibok dengan kerja dan tak boleh cuti menjadi alasan...
Tetapi mereka tidak sayang ambil cuti bila kawan baik kawin...

Ibubapa ingin melihat anak-anak sempurna walaupun semampu yg ada..

Tetapi...
Anak- anak belum tentu boleh sempurnakan hajat ibubapa walaupun anak-anak berharta...

Bila isteri bercerita anak tahu apa yg isteri mahukan...
Tetapi bila ibubapa bercerita anak2 buat tak faham apa yg ibubapa mahukan...
Ibubapa tidak akan meminta secara terus kpd anak2nya kerana ibubapa takut anak akan terasa...

Mudah2an kita tergolong sebagai anak2 yang berbakti kepada orang tua kita dan tak disisihkan atau diabaikan semasa kita sudah meningkat tua nnti.. Insyallah..

KATA-KATA YANG MEMBUAT RAMAI SEBAK

» Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
» Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.

Tetapi

» Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
» Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.
Bila mereka kecewa kita  buat x nampak...😭😭😭
Kita x tanya sebab apa mereka murung..
Kita buat2 tiada apa berlaku pun...
Itulah kita anak2 yg lupa kasih sayang mereka....

Jadi, ingatlah pengorbanan ibu bapa kita, cintailah mereka lebih dari kita sendiri, kerana tanpa mereka siapalah kita.

Doakan ibu bapa sama ada yg masih hidup @ meninggal dunia .. jangan abai mereka kerana  suatu hari kita pun akan menjadi tua jua..
Mak ayah tak di jual di tepi jalan......sayangilah mereka..
Sebelum Allah jemput mereka kembali ..
Siapa kita ketika itu nanti...😭😭😭😭😭😭😭😭

pendapat

KASUS DEMO DI INDON
( gara2 sikapnya Buni Yani)

BAIK di Indonesia atau di Malaysia atau di mana-mana saja, kelihatannya bangsa kita yang islam agamanya selalu saja bersikap tidak terbuka dan selalu punya sikap mudah marah, mudah melenting dan mudah mengambil tindakan di luar jangka dan itu merugikan umat islam sendiri yang kemudian nyesal dan pula tidak merasa bangga kesan mencipta perkara buruk itu.

Bila yang islam agamanya ini selalu tidak sabar dan mudah sangat marah-marah dan itu tidak membantu gambarkan keinginan Nabi seperti juga perintahnya Allah untuk kita selalu sabar dan tenang kala menghadapi apa saja hal yang sedikit berat hingga yang memberat di pundak kita sendiri.

Terjadi sesuatu yang cukup memalukan gara-gara pidato AHOK yang dikatakan menghina Islam dan sesudah diselidiki ternyata Ahok tidak demikian dan ianya kesan diedit oleh yang namanya BUNI YUNI itu yang sengaja memutar belit fakta yang diucapkan dan ini namanya FITNAH.

Memang sekarang ini kita begitu terbuka bebas dan baik video atau fotonya bisa saja diedit seperti benar kelihatannya dan itu menyebabkan ramai orang marah dan kesan terjadi sesuatu yang tidak baik kesan perintah dan galakan setan itu sendiri yang berada di sekitar.

Saya kekadang cukup sedih dan hairan melihat umat manusia yang islam agamanya selalu saja dalam keadaan panas baran bila disentuh agamanya dan sedang nabi dalam perjuangannya meski dihina maki hamun tetap tenang dan tidak begitu mudah mengambil tindakan yang tidak wajar dan Nabi saya kira dalam hidupnya hanya mempertahankan dan tidak memerangi.

Baik di Malaysia kelihatannya umat Islam kita lebih kepada suka sangat terpengaruh dengan  yang mahukan kehancuran tetapi tidak berpandukan apa yang nabi/islam ajarkan untuk sama berkasih sayang sesama walaupun bukan islam agamanya.

Seperti yang saya katakan umat islam bukan saja perperwatakan kasar, sedikit jahat malah bila berada di atas selalu saja berfikiran melihat yang di bawah seolah tidak begitu penting dan kesannya seolah  undang2 itu milik mereka dan itu kesan melakukan  kejahatan terhadap yang lain di bawah pimpinan mereka.

Jika sikap macam ini terus berlaku dan tidak sama sekali mahu kembali kepada ajaran Islam yang nabi itu pesuruhNya Allah maka bagaimana yang bukan islam mahu hormat kepada orang Islam sedang umat islam itu memperlihatkan sikap yang tidak bersahabat, tidak boleh dijadikan contoh,  malah melihat orang lain seperti yang tidak berharga.

Kita mahukan sebuah negara yang aman, bahagia dan kita juga mahukan pemimpin Melayu Islam yang diberikan amanah melakukan yang terbaik dan dapat memberikan contoh sebagai umat Islam yang benar2 islam tidak korup, tidak rakus dan mempeduli orang lain meskipun tidak sama agama, budaya, fahaman dan panduannya al-quran dan sunah/hadis nabi junjungan kita.

abegiegi
5 Nov, 2016

Friday, 4 November 2016

ANAK SYAITAN

9 Jenis Anak Syaitan.
Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja
lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya
bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/­kekayaan
hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka
menghampiri orang
yang berada di tempat-tempat
maksiat (contoh: disko,
kelab malam & tempat yang ada
minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan
orang yang sukakan
muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya
melahirkan fitnah,
gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari
kata-kata mulut.

7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak
memberi salam
ketika masuk ke rumah, Daasim akan
bertindak agar
berlaku keruntuhan rumah tangga
(suami isteri
bercerai-berai, suami bertindak ganas,
memukul isteri,
isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-
anak didera
dan pelbagai bentuk kemusnahan
rumahtangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri
manusia khususnya
ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan
ibadat-ibadat
kita yang lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang
menyembah api/
matahari. Mana satu jenis anak syaitan yang sering
mengganggu
anda ? Adakah jenis Walahaan iaitu
was-was untuk
menyebarkan maklumat ini ?
KITA UMAT ISLAM AMBIL PEDULI !!!
*Tak susah pon nk post !
pahala pun dapattt right ? 

Kata orang-orang bijak pandai, jika :

1. Ingin bahagia. - Sembahyang awal waktu
2. Ingin sihat - Berpuasa
3. Ingin dipermudahkan urusan - Bacalah Al-Quran
4. Ingin wajah berseri - Jaga sembahyang Tahjud
5. Ingin kaya - Sembahyang Dhuha
6. Dihimpit masalah - Beristighfarlah
7. Berdukacita. - Berdoalah
8. Mahukan keberkatan - Berselawatlah

Amalkan dan sebarkan....

Yang membaca, untung. Yang bercakap, pun  untung. Yang mendengar, pun  untung. dan Yang paling beruntung, orang yang mengamalkanya🌹🌹🌹

info

Peringatan utk kita...

Semalam selepas FIRE DRILL kami ada post mortem dengan bomba, Pihak bomba pesan....Power bank jangan caj dan tinggalkan begitu sahaja dalam bilik kebanyakan kebakaran sejak dua menjak ni adalah berpunca dari litar pintas dan mengecas power bank terlalu lama adalah salah satu punca yang boleh menyebabkan berlakunya kebakaran mohon untuk sentiasa mengingatkan pelajar dan ibubapa agar segera mematikan @swith off pluq apabila hendak ke kelas /keluar rumah. -
👆keperihatinan anda merubah segala kemungkinan

AMBIL MASA SEMINIT UTK KEBAIKAN KITA

ibu

Serius! Mengalir air mata aku.

MANA MAK???

Renung2kan....

Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”. Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil.
Sharekan pada yg lain andai anda sayang ibu anda..
Bagi anak anak baca.

puisi

Mari kita sama2 baca apa mufti Perlis tulis.

SEDIH RASA BACA PUISI NI....

(Puisi Dr Maza)

kalian rampas subsidi kami,
entah ke mana dibawa lari
kalian beritahu,
wang mesti dicatu, kita menuju maju...

kalian kata: jika tidak,
semua menderita, habis harta negara...

kalian berbahasa: bukan barang naik harga,
cuma subsidi turun sahaja...

kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta...

kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta...

jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu...

tapi dapatkah kami dibohongi,tentang suapan saban hari?

apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah?

papa semakin parah?
wang semakin lelah?

jika semalam berlauk,
hari ini cuma berkuah...

kerana kerajaan kita sedang susah?
maka subsidi kita terpaksa diserah...

jika semalam kau makan sepinggan, hari ini separuh
kerana barang makin angkuh, wang papa makin rapuh...

apa yang dapat dibisik pada anak berkopiah ke madrasah?

makananmu sayang, sebahagiannya sudah hilang...

jika mereka bertanya siapa yang bawa lari
kepada siapa patut kami tuding jari?
janganlah nanti mereka membenci pertiwi...

akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini..

atau kami jadi insan curang...

kami beritahu; cuma subsidi sahaja yang kurang?

tiada apa yang hilang, nanti akan datang wang melayang...

dengar sini wahai yang tidak memijak bumi!
pernahkah kalian mengintipi kehidupan kami...

pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati...

kami yang semput bagai melukut di kota kedekut...

kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa,
bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja

pernahkah kau merasa?
rumah bocor yang lanjut usia...

baju dan kasut anak yang koyak
tinggal dalam rumah yang berasak-asak
siang kami sebak, malam kami sesak...

sedangkan kalian manusia angkasa...
istana permata dibina, kereta berjuta dirasa...
elaun di serata, dari isteri sehingga seluruh keluarga...
hidangan istimewa, konon meraya kemakmuran negara...

tapi kami masih di sini..di teratak ini...
dengan lauk semalam..
dengan hidangan yang tidak bertalam...
dengan rumah yang suram...
dengan wang yang hampir padam...

tiada istana lawa...tiada kereta berharga...
tiada layanan diraja..tiada baju bergaya
tiada kediaman menteri... tiada hidangan vip...
tiada persen di sana-sini.. tiada bahagian anak dan bini...

tiba-tiba kalian kata: kamilah beban negara...
aduhai celaka bahasa yang kalian guna...
kalian yang belasah, kami yang bersalah...
kalian buat untung, hutang kami tanggung...
kalian mewah melimpah, kami susah parah
kalian hilangkan wang,
poket kami yang terbang...
kalian bina istana, rumah kami jadi mangsa...
kalian makan isi,
kami dijadikan abdi...

lantas, kalian rampas lagi subsidi...
ke mana wang itu pergi nanti?

jika kalian berhati suci,
wajib mengganti buat kami...
jika tidak pun buat gula konon merbahaya
mengapa tidak beras diturun harga?

jika tidak untuk minyak kereta...
mengapa tambang tidak potong sahaja...
tapi entah berapa kali janji...
konon: nanti kami ganti, kami ganti, kami ganti...

hari demi hari, ceritanya pun tidak berbunyi lagi...
kami terus termanggu di sini...
kalian juga yang nikmati...
kami hanya menggigit jari...

kembalikanlah kepada kami harta negara...
jangan hanya kalian sahaja yang merasa...

Dr MAZA

DUIT

*DUIT BERBISIK KEPADA SAYA !*
Salam perkenalan,
Nama aku : Duit
Nama lain : Wang
Nama samaran : pitis
Org putih :  money
Org arab  : fulus
Wajahku biasa2 sahaja, fizikalku pula sangat lemah, Namun aku boleh memporak perandakan penghuni dunia ni dgn sekelip mata.
Aku juga *"BOLEH"* mengubah perilakumu dari baik menjadi jahat, bahkan sifat Manusia, kerana manusia sentiasa *mengejar* dan *mengidolakan* aku.
Banyak orang berubah *keperibadiannya* kerana aku,­­­­ Ada yang *mengkhianati* temannya, Ada yang sanggup *menjual* tubuh badannya, Bahkan ada yg sanggup meninggalkan keyakinan *imannya*, demi mengejar aku. *Hebat* kan aku ?
Aku tidak memahami perbezaan antara orang yang *soleh & jahat,* Tetapi manusia menggunakan aku utk mendapatkan *darjat*, menentukan *kaya* atau *miskin* & rasa *dihormati* atau *terhina.*
Aku bukan *iblis*, tapi orang selalu melakukan perkara yg *keji* demi mengejar aku.
Aku juga bukan org *ketiga,* tapi banyak suami isteri *bercerai* gara2 mengejar aku, adik beradik *bergaduh* dan saling *membenci* kerana aku. Anak dan orang tuanya *berselisih faham* gara2 aku.
Sangat jelas aku juga bukan *Allah,* Tetapi manusia sanggup *menyembah* aku seperti Allah, bahkan kerap kali hamba2 Allah lebih *menghormati* aku,
Padahal byk ulama sudah pesan jangan jadi *hamba DUIT.*
Aku tidak pernah *mengorbankan* diriku untuk sesiapa pun, tapi ramai orang sanggup *mati* demi aku.
Suka aku ingatkan,
Aku bole ditukar utk menjadi *resit* ubat kamu, tapi aku tak mampu untuk *memanjangkan umur* kamu.
Kalau *suatu hari* nnt kamu dijemput oleh *Allah swt*, aku tak boleh *menemani* kamu. Apalagi utk menjadi *penebus* dosa2 kamu. Kamu mesti berdepan dgn Allah swt *sendirian* tanpa aku.
Saat itu, Allah pasti akan mulakan penghitungan dengan kamu, *ADAKAH SELAMA HIDUP KAMU MENGGUNAKAN* aku ke jalan yang baik2, atau sebaliknya *MENJADIKAN* aku sebagai Tuhan ?
INI *AMANAT* AKHIRKU :
Aku *"TIDAK ADA DI SYURGA",*
Jadi jangan cari aku disana.
*CADANGAN* AKU :
1. Jangan terlalu *sayang* dgn aku.
2. Jangan lupa gunakan aku utk byr *Zakat, Infakkan* aku selalu, *Sedekah* aku selalu supaya aku menjadikan hidupmu lebih *"BAROKAH"* di dunia dan akhirat.
_ Imbangi Antara Pemburuan *Dunia Dan Akhirat* _
*SHARING IS CARING*

KISAH TAULADAN

KENAPA RASULULLAH TIDAK MEMPUNYAI BAYANG

Semua sedia maklum satu mukjizat Nabi Muhammad saw adalah baginda tidak mempunyai bayang kerana baginda itu sendiri adalah cahaya.
Rahmatan Lilalalmin.

baginda dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yang terpuji.. baginda itu Nur Muhammad... cahaya atas cahaya... Allahu Rabbi...

Ini adalah sabahagian rambut Rasululillah saw.... rambut ini apabila disuluh tiada bayang... jelas... ini adalah rambut junjungan besar baginda Rasululillah... rambut baginda masih hidup walaupun jasad baginda sudah tiada... buktinya apabila rambut ini dipotong.. ia akan kembali kepada panjang asal....

Sollu alan Nabi...

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Allahumma salli `ala muhammadin wa'ali muhammad, kama sallayta `ala ali ibrahim, innaka hamidun majid, Allahumma barik `ala muhammadin wa'ali muhammad, kama barakta `ala ali ibrahim, innaka hamidun majid -

ANTARA KEISTIMEWAAN RASULULLAH SAW

Memang Rasulullah SAW manusia hebat, tiada tara, tiada lawannya, jika dikatakan Nabi Yusof segak tapi Nabi Muhammad lebih segak ,jika Nabi Daud dikurniakan dengan merdunya suara, tetapi suara Nabi Muhammad lebih merdu.

Mari kita lihat banyak lagi istimewanya Rasulullah SAW yang kita tidak tahu

Rasulullah SAW tiada bayang-bayang:
Al-Hakim al-Tirmizi meriwayatkan daripada Zakwan: “Sesungguhnya Rasulullah SAW itu tidak mempunyai bayang-bayang sama ada ketika berada di bawah sinar matahari, mahupun bulan.”

Rasulullah SAW tidak dihinggapi lalat :

Al-Qadhi ‘Iyadh menyebut di dalam al-Syifa, dan al-’Azafi dalam Maulidnya: “Di antara keistimewaan Nabi Muhammad SAW, lalat tidak pernah menghinggapi baginda.”

Ia juga disebutkan oleh Ibnu Sabu’ dalam al-Khasa’is, dengan lafaz: “Sesungguhnya lalat tidak pernah hinggap pada pakaiannya.”

Beliau menambah: “Sesungguhnya di antara keistimewaan Rasulullah SAW, kutu tidak pernah menggigitnya.”

Istimewanya darah Rasulullah SAW:

Diriwayatkan oleh al-Bazzar, Abu Ya’la, al Tabrani, al Hakim dan al Baihaqi daripada Abdullah ibn al Zubair: “Bahawa dia pernah datang menemui Rasulullah SAW ketika sedang dibekam. Setelah selesai dibekam, Rasulullah SAW pun bersabda, “Wahai Abdullah! Pergilah kamu dengan membawa darah ini dan buanglah ia di suatu tempat yang tiada sesiapa pun melihat kamu.”

Tetapi dia meminum darah itu. Apabila pulang, Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Abdullah! Apakah yang telah kamu lakukan (terhadap darahku itu)?”

Jawabnya: “Aku telah meletakkannya di tempat yang tersorok yang aku ketahui ia sememangnya tersembunyi daripada pengetahuan orang.”

Rasulullah SAW bersabda: “Kemungkinan kamu telah meminumnya”. Kataku, “Ya!” Rasulullah SAW bersabda: “Celakalah manusia daripada kamu dan terselamatlah kamu daripada manusia.”

Peluh Rasulullah SAW wangi :
Imam Muslim meriwayatkan daripada Anas berkata: Rasulullah SAW pernah datang kepada kami lalu tidur sebentar (qailulah) di tempat kami. Baginda SAW berpeluh (semasa tidur). Ibuku datang membawa sebuah botol kaca lalu menadah peluh Rasulullah SAW yang mengalir itu. Rasulullah SAW pun terjaga lalu bersabda, “Wahai Ummu Sulaim! Apakah yang engkau lakukan?” Dia menjawab: “Peluh ini akan kita jadikan minyak wangi kita, ia adalah wangian yang paling harum!”

Nabi Muhammad SAW terpelihara daripada menguap
Imam al-Bukhari meriwayatkan dalam al-Tarikh, dan Ibnu Abi Syaibah dalam al-Musannaf, serta Ibnu Sa’ad daripada Yazid ibn al-Asom, berkata: “Nabi Muhammad SAW tidak pernah menguap sama sekali.”

Keistimewaan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang tidak diberikan kepada Nabi-nabi yang sebelumnya adalah:

1. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam diutuskan kepada semua manusia dan jin. Sedangkan Nabi-nabi terdahulu hanya diutuskan kepada Kaumnya sahaja. (Hr Bukhari)

2. Dihalalkan harta rampasan perang (ghanimah) kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallamsedangkan tidak dihalalkan bagi manusia-manusia sebelum Nabi. (Hr Bukhari)

3. Semua tanah dan tempat di muka bumi ini boleh dijadikan tempat solat. (HBukhari)

4. Nabi-nabi dan ummat terdahulu tidak bersembahyang melainkan di tempat-tempat ibadah yang khusus. (Hr Ahmad)

5. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam diberi bantuan ketika menghadapi musuh-musuh Islam dengan Allah SWT mencampakkan perasaan takut dalam hati-hati musuh sebelum sampai bertemu tentera-tentera Islam sejauh sebulan perjalanan. (Hr Bukhari)

6. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberi Syafaat. (Hr Bukhari) Syafaatnya untuk ummatnya bagi orang yang tidak melakukan syirik. (Hr Ahmad)

7. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan “Jawamiul Kalim”. (Hr Muslim) Iaitu kalimah yang ringkas tetapi mengandungi banyak makna.

8. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah penutup bagi kenabian. (Hr Muslim)

9. Diberikan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah dari gedung di bawah arasy. (Hr an-Nisaei)

10. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan kunci-kunci bumi. (Hr Ahmad)

11. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah orang yang pertama diberi nama Ahmad. (Hr Ahmad)

12. Ummat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah yang sebaik-baik umat. (Hr Ahmad)

13. Diampunkan dosanya yang terdahulu dan yang akan datang semasa dia lahir ke dunia lagi. (Hr al-Bazzar)

14. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan Telaga al-Kauthar di akhirat. (Hr al-Bazzar)

15. Mula-mula Qarin yang bersama Nabi Muhammad adalah kafir. kemudian Allah SWT membantu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dengan Islamnya Qarin tersebut.

16. Dijadikan saf Ummat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam seperti saf para malaikat. (Hr Muslim)

والله أعلم بالصواب
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Wallahua'lam...

politik

PENDAPAT PERIBADI

"I share the same thought as your teacher. That the Chinese will control Malaysia in the very near future. Whether Malaysian chinese or China's chinese it does not matter. To the Chinese race comes first, not state. Their clans and association are very strong.

The Lee Rubber foundation gave interest free study loans to Malaysian chinese, payable only when you have started working. I accompanied a chinese friend of mine to the Lee Rubber Foundation years back to apply for the study loans. That friend now is a citizen of New Zealand and a successful laywer there. Think back to the time of the University Merdeka issue when the chinese wants to established a chinese University. DAP and MCA stands united on this matter. EDRA, 1MDB's power plant asset has been sold log, stock and barrel to the Peoples Republic Of China. The China chinese has even declared that they will bring in 1500 chinese nationals to run the power plant when it is operational. The biggest underground city in the world to be built in Bandar Malaysia will be built by the chinese, the fast train to Singapore will be built by the chinese, and please check who are the majority investors in Bandar Iskandar, Johor, Danga Bay development, etc.

What irks me in this scenario is the mantra invented by UMNO that the Chinese/DAP will control malaysia if malays vote for the opposition.
I wonder who is Jho Low the man behind the sheenanigans in 1 MDB. Is he a javanese, a bugis or a boyan guy.

And who is the man controlling 1MDB? Is he the President of PAS, the secretary general of DAP maybe, or the president of PKR? 40% of Bandar Iskandar, Johor is malay reserve land. Who decides to build Bandar Iskandar on malay reserve land. Lim Kit Siang, Hadi Awang, Anwar Ibrahim? The major towns of the 14 states are chinese owned. Siapa agaknya yang meluluskan penjualan tanah ini kepada bangsa cina. Can we blame the matsallehs for this. The reason why I say so is that malaysian malays are good for blaming others for the ills that the malays suffer. If not the Portuguese, the malays will blame, the Dutch, The English or today the chinese are the scapegoats. Look .... what if I am an ultra rich malay billionaire, have good contacts in the Chinese Government, I applied to buy Chinese land, in say, Shenzen city, China. My applications are approved and suddenly the rakyat of China finds that a melayu is now owning 90% of Shenzen. A question. Is it fair for the chinese to say that a malay has rampas the land from the chinese.
Mid Valley City is owned by Robert Tan, a chinese malaysian, also owner of IGB (Ipoh Garden Bhd). MVC was built on tapak kampong setinggan melayu. Are you going to blame Robert Tan for jahanamkan kampong melayu or the melayu who approves Robert Tan application to buy the land and built MVC. And don't forget. Wadihana, Johore used to be a 100% malay enclave just like Kampong Kemensah, KL. Today because of so called progress and development, by UMNO the malay party running the govt, non malays has invaded both malay enclaves. Is this the work of the chinese or the opposition parties? If I am not insane, I believe UMNO/BN (once Perikatan) has been running this country since Tanah Melayu so called independence from Matsalleh colonisation.

Thursday, 3 November 2016

SENYUM KAMBING

*```BELIEVE IT OR NOT```*

*1-Ikan parang tidak boleh digunakan untuk menebang pokok.*

*2-Walau maju macam mana sekali pun Pekan di Pahang tetap akan disebut Pekan.*

*3-Air sebenarnya tidak boleh dicincang tetapi boleh ditarik,contohnya teh tarik.*

*4-Satu2 benda tidak hidup dan tidak bernyawa tapi boleh melahirkan adalah surat beranak.*

*5-Sumbu yg ada pada badak sumbu tidak boleh dicucuh dan menyala.*

*6-Kawasan yang mempunyai ibu tunggal yang boleh di percayai adalah di Janda Baik.*

*7-Tempat tertinggi di Malaysia bukannya di Gunung Kinabalu tetapi Kota Tinggi di Johor.*

*8-Burung tukang tidak boleh di harap untuk membuat rumah.*

*9-Selipar adalah panggilan yang betul sekiranya objek tersebut memiliki kedua-dua belah kiri dan kanan, penggunaan istilah Dualipar adalah salah dan tidak dibenarkan dalam Kamus Dewan.*

*10-Kakaktua tidak tahu yg dia sebenarnya saudara yg lebih tua dari adik2nya.*

*11-Kastam belum lagi menggunakan anjing laut untuk menghidu dan mengesan dadah.*

*12-Tempat paling kecil di Malaysia ialah Setapak.*

*13-Kuda laut tidak boleh berlumba.*

*Sebab ada 10 perkara yg saya tahu tentang kamu...*

*1. Kamu pasti sedang baca status ini..*

*2. Kamu sememangnya manusia..*

*3. Kamu tidak dapat menyebut huruf ' P' kalau bibir atas dan bibir bawah tidak bersentuhan..*

*4. Kamu baru saja mencubanya..*

*6. Kamu sedang tersenyum sendirian..*

*7. Sampai kamu tidak sedar yg no.5 tidak ada di situ..*

*8. Kamu baru saja cek no.5..ya memang tidak ada di situ..*

*9. Kamu ketawa sambil tersenyum...*

*^Kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan...*

*1. Kamu memang malas untuk membaca semua kata "kawan" di atas...*

*2. Sampai kamu tidak sedar ada perkataan "kawin" diantaranya..*

*3. Kamu terus mencari perkataan "kawin"  yg memang sebenarnya tidak ada pun di situ...dgn muka serius sambil berkata "tak ada pun"..*

*4. Kamu pasti sedang ketawa dan tersenyum...sebab kamu baru saja TERKENA.. HAHAHAA*

*Cuba kamu lihat wajah kamu ke cermin sekarang..*
*Wajah kamu kelihatan manis dan berseri sekali...*

*Apa lagi..*
*Hantar la pada kawan kamu agar mereka pun boleh ketawa seperti kamu...*

*```MEMBUAT ORG SENYUM ITU JUGAKAN SEBAHAGIAN BERSEDEKAH...```*

*```#senyumseindahsuria```*
*```#senyumlahdarihati```*
*```#duniamuberseri😊```*

Wednesday, 19 October 2016

JAWATAN KOSONG KEMASUKAN SEGERA!!!


JAWATAN YANG DITAWARKAN:
1)      Stor
2)      Operator Pengeluaran
3)      Pemeterian/Soldering
4)      Pengilap/Polisher (Berumur 30 tahun dan ke bawah)
5)      Operator  CNC Machine
6)      Operator QA


SYARAT-SYARAT:
1.       Lelaki dan perempuan
2.       Umur 18 – 35 tahun
3.       Warganegara
4.       Pandai membaca,mengira dan menulis
5.       Boleh bekerja shif
6.       Boleh bekerja 12 jam sehari
7.       Sihat tubuh badan
8.       Boleh mula kerja dengan kadar SEGERA
FAEDAH – FAEDAH:
·         Elaun lebih dari 1500 sebulan
·         Elaun Pengangkutan
·         Bonus Kedatangan bagi kehadiran penuh
·         Kemudahan ASRAMA disediakan
·         Latihan diberikan
SESI TEMUDUGA:
Sila bawa bersama:
1)      Salinan Kad pengenalan 1
2)      3 keping gambar saiz passport
3)      RM50 ringgit (Yuran Komitmen)
PENTING!!!
1)      Untuk makluman sepanjang tempoh perkhidmatan anda “Yuran Komitmen” akan diambil sekali SAHAJA semasa pendaftaran dan akan DIKEMBALIKAN semasa gaji bulan pertama anda. (Resit pembayaran akan di sediakan)
2)      Dimaklumkan bahawa Global Teamgroup Sdn. Bhd. adalah “BUKAN” AGENSI PEKERJAAN.
Kepada sesiapa yang BERMINAT boleh datang untuk sesi temuduga terbuka di pejabat kami di alamat seperti berikut:
GLOBAL TEAMGROUP SDN. BHD.
No. 42, Tingkat 1, Jalan Sungai Tiram 3,
Taman Tunas Damai, 11900 Bayan Lepas,
Pulau Pinang.
SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI
En. Aziz: 017-3120516(WhatsApp pun boleh)

Emel: recruitment@global-teamgroup.com

Wednesday, 28 September 2016

Temuduga terbuka

TEMUDUGA TERBUKA

OPERATOR PENGELUARAN
 

TARIKH :11&12 OKTOBER 2016 

MASA : 9 PAGI – 4 PETANG
 

BERTEMPAT DI :
Pejabat Tenaga Kerja Kota Bharu Aras Bawah Wisma Persekutuan, Jalan Bayam, 15200 Kota Bharu.

Syarat-syarat semasa datang temuduga:

 1. Satu salinan fotostate ic 2.

 4 keping gambar pasport

 Sebarang pertanyaan boleh hubungi : 

 Encik Aziz -0173120516

Thursday, 22 September 2016

JAWATAN KOSONG



Program Latihan Industri(latihan sepenuh mase) gaji lumayan boleh mencecah 1000 lebih
Kami sedang mencari permohon warga tempatan yg ingin menyertai program latihan industri sepenuh mase dalam tempoh dari 3 hingga 6bulan atau sehingga diserap oleh pelanggan sebagai pekerja tetap bagi penduduk yang tinggal di malaysia.  
syarat-syarat yang diperlukan ialah

 -warganegara malaysia
 -umur dalam lingkungan 18-35
 -lepasan pmr /spm kolej
 -pengalaman tidak diperlukan
 -boleh mengikuti latihan dikawasan perindustrian bebas bayan lepas,pulau pinang
 -sihat tubuh badan -mempunyai pengakutan sendiri -boleh berkerja 12jam sehari 6 hari seminggu 
-boleh   berkerja   shif pagi/malam -boleh mula latihan(kerja) segera
-boleh mula latihan dengan segera 

Antara faedah-faedah yang diberikan
-elaun latihan
-elaun pengangkutan
-bonus kedatangan
-asrama disediakan
-pengangkutan disediakan

Untuk pertanyaan hubungi en aziz :017-3120516 atau  hadiri  sesi interview bertempat di :

GLOBAL TEAMGROUP SDN BHD
No.42,Tingkat 1,Jalan Sungai Tiram 3,Taman Tunas
Damai,11900 Bayan Lepas,Pulau Pinang